skip to Main Content

Taman Perda Indah (Fasa 1 & Fasa 2A)

Taman Perda Indah (Fasa 1 & Fasa 2A)

Pengenalan Projek:

Taman Perda Indah terletak di lokasi yang sangat strategik, iaitu berhampiran dengan Bandar Bertam, Bandar Tasek Gelugor dan hanya mengambil masa 8 minit ke Lebuhraya Bertam yang berjarak 6.7 km. Taman Perda Indah juga berdekatan dengan sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Hospital Kepala Batas, Kiosk Bertam, Mydin Cawangan Bertam, Masjid Abdullah Fahim, Institusi Latihan Perindustrian dan lain-lain institusi kerajaan. Taman Perda Indah yang mengandungi pelbagai jenis pilihan rumah dengan rekabentuk yang moden dan menarik akan memastikan pemilik mendapat kepuasan dan keselesaan yang maksimum bersama keluarga tersayang serta dikelilingi suasana kejiranan yang harmoni.

Pembangunan Taman Perda Indah terdiri daripada 7 fasa yang berjumlah 1343 unit kesemuanya. Sebanyak 399 unit Rumah Teres 1 Tingkat telah siap bagi Fasa 1 dan Fasa 2A. Sijil Layak Menduduki (CCC) telah diperolehi pada 11 April 2014 bagi Fasa 1 manakala bagi Fasa 2A pula telah diperolehi pada 4 Jun 2014. Pemaju yang terlibat dalam menjayakan projek ini ialah Sempadan Seloka Sdn. Bhd / PPK Penaga.

Taman Perda Indah ini terletak di Kubang Menerong yang berada dalam lingkungan antara kawasan semula jadi yang dilindungi dan kawasan Bandar Bertam yang pesat membangun. Justeru, kawasan ini mempunyai keseimbangan gaya hidup bandar dan ketenangan alam semula jadi.

Antara kemudahan yang disediakan di Taman Perda Indah ialah Surau, Dewan Serbaguna dan Depo Sampah.

Setiap golongan daripada setiap peringkat pendapatan mampu memiliki rumah ini kerana harga jualannya yang berpatutan.

Ringkasan Projek:

  • Jumlah Unit : 399
  • Jenis Rumah : Rumah Teres 1 Tingkat

Pemaju Terlibat:

Sempadan Seloka Sdn. Bhd. / PPK Penaga

Kemudahan:

Surau, Taman Permainan, Depo Sampah.

e-permohonan perumahan Perda
Hubungi kami
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd

Lot PT 711, MK 12,
Jalan Kubang Menerong, 13300,
Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Telefon: 04-573 7859
Fax: 04-573 3858
Emel: info@pvisb.com

Waktu Urus-niaga

8.30 pagi – 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Peta Laman
Ikuti Kami di
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Back To Top

Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.