Lokasi : Dewan Tulip/Terbuka
Tarikh : Sepanjang Ramadhan
Untuk warga Pulau Pinang, Kedah & Perak semua.. Inilah masa yang dinantikan kita.
Buat tahun ke 6…
Bazar Raya Midtown Perda Tasek Gelugor, kembali membawakan kepada anda sekalian jualan besar-besaran bersama hampir 400 peniaga, usahawan & pemborong dengan lebih dari 2 juta pakaian, kurta, seluar, baju melayu, baju kurung, telekong & sejadah, karpet, bag dan barangan kulit, alat solek dan hiasan wanita, pelbagai juadah dan kueh raya dan bermacam macam lagi.
Bazar Raya Midtown Perda 2019 sangat mesra pelanggan dengan ruang perniagaan berbumbung, parking kereta yang luas dan PERCUMA, kemudahan pengguna seperti tandas, surau dan kafetaria yg selesa ditambah lagi dengan gerai jualan makanan dan minuman.
Pada tahun ini, jualan dimeriahkan lagi dengan kehadiran barangan terus dari kilang BGM Polo yang menawarkan pakaian-pakaian berjenama, baju T dan banyak lagi pada harga runtuh sempena sambutan Hari Raya 2019.