Kursus Pertolongan Cemas, CPR dan AED telah berjaya dilaksanakan kepada kakitangan PVISB sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan bukan sahaja di tempat kerja, malah dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di mana jua berada.
Melalui latihan ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penting dalam memberi bantuan awal, termasuk teknik CPR yang betul serta penggunaan AED secara efektif. Inisiatif ini mencerminkan komitmen PVISB dalam memastikan setiap warga kerja lebih bersedia, pantas bertindak dan berkeyakinan ketika berdepan kecemasan.


