Majlis Amanat PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd bagi Tahun 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Amanat yang disampaikan menjadi landasan penting dalam menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga kerja di samping memperjelaskan hala tuju organisasi ke arah kecemerlangan yang berterusan. Ucapan yang penuh inspirasi ini turut menekankan kepentingan komitmen, integriti serta kerjasama berpasukan dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pihak syarikat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum atas amanat yang disampaikan serta kepimpinan yang berwibawa dalam menerajui organisasi.
Semoga segala perancangan dan aspirasi yang telah digariskan akan menjadi pemacu kepada kejayaan berterusan serta membawa PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd ke tahap yang lebih cemerlang, berdaya saing dan mampan pada masa hadapan.



