skip to Main Content

Majlis Iftar Famili PVISB, Penyerahan Zakat & Sumbangan Aidilfitri telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada 6 Mac 2026M bersamaan 16 Ramadan 1447H. Penganjuran majlis tahunan ini menjadi platform penting dalam mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVISB), di samping menyemai semangat kebersamaan melalui aktiviti berbuka puasa secara berjemaah.

Majlis ini turut diserikan dengan penyerahan zakat serta sumbangan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan, sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial organisasi dalam membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PVISB dalam memperkukuh nilai kebajikan serta menyantuni masyarakat setempat.

Semoga penganjuran majlis ini terus menjadi wadah dalam menyemai nilai keprihatinan, mempererat hubungan silaturahim serta menyuburkan semangat memberi, selaras dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia. Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.

Pihak PVISB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan dikurniakan ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Follow kami di laman sosial untuk melihat lebih banyak perkongsian bermanfaat untuk semua.
Hubungi kami
PERDA Ventures Incorporated Sdn Bhd

Lot PT 711, MK 12,
Jalan Kubang Menerong, 13300,
Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Telefon: 04-573 7859
Fax: 04-573 3858
Emel: info@pvisb.com

Waktu Urus-niaga

8.30 pagi – 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Peta Laman
Ikuti Kami di
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Back To Top

Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.