Majlis Penganugerahan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak) Negeri Pulau Pinang 2019
Lokasi : Dewan Raflesia
Tarikh : 5 Mei 2019
Seramai 301 orang ahli pengakap kanak-kanak negeri Pulau Pinang menerima Penganugerahan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak) yang dijalankan di DewanRaflesia, Midtown Perda, Kubang Menerong pada 5 Mei 2019 yang diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Majlis Penganugerahan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak) Negeri Pulau Pinang 2019 disempurnakan oleh YB. Dato Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Merangkap Adun Pinang Tunggal, Tuan Haji Zulkafli Bin Kamaruddin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, En Heng Soo Peng, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang.