Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif strategik dalam memperkukuh hala tuju organisasi, di samping memperkenalkan kepimpinan baharu serta menyelaraskan pencapaian melalui pembentangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
Selain itu, penganjuran Majlis Kakitangan Ikon Bulan Disember 2025 turut menjadi platform penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Program ini mencerminkan usaha berterusan organisasi dalam menyatukan visi, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menghargai sumbangan setiap individu ke arah kecemerlangan bersama.
Bersama-sama, kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat, komitmen dan prestasi yang lebih gemilang.



