Projek perumahan ini merupakan projek ke – 6 yang dibangunkan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di daerah ini khususnya mereka yang berada di dalam golongan berpendapatan sederhana.
Taman Ara Jaya yang merupakan projek pembangunan bercampur dibangunkan di atas tanah seluas 38.33 ekar yang terdiri daripada pelbagai jenis pilihan rumah seperti berikut :-
Rumah Teres 1 Tingkat Jenis A dan B sebanyak 363 unit. Harga bermula RM250,000.00 sehingga RM265,000.00. Rumah Berkembar 1 Tingkat sebanyak 12 unit. Harga jualan RM 365,00.00. Rumah Sesebuah 1 Tingkat 3 unit telah dibina. Harga bermula RM450,00.00 80 unit Kedai Pejabat 2 Tingkat dan 1 unit Kedai Sesebuah 2 Tingkat juga dibangunkan dengan harga bermula RM 465,00.00 hingga RM 1,000,500.00.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Wira. Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, YBrs. Encik Hakmal Effendi Ishak, Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Ahli- ahli Lembaga Pengarah PERDA dan ketua- ketua jabatan. Pada majlis ini turut diadakan upacara penyerahan kunci kepada pemilik kediaman simbolik kepada pembinaan projek yang telah siap dibina.