Majlis ini diadakan sebagai tanda meraikan bulan Syawal yang mulia bersama seluruh warga kerja PERDA dan PVISB dalam suasana penuh kemeriahan dan kekeluargaan. Program ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga organisasi, memupuk semangat perpaduan, serta menghargai sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tahun.
Pelbagai juadah tradisional Hari Raya disediakan, di samping suasana mesra yang turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan dan penyertaan semua jabatan. Majlis ini juga menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan baik dalam kalangan staf serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan.
Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.