Projek Pala Place di Lot PT 105, Mukim 2, Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah mula dilaksanakan pada tahun 2014 dengan tempoh pelaksanaan dijangka selama 3 tahun. Kedudukannya yang strategik terletak dalam lingkungan kawasan pelancongan, iaitu berhampiran dengan persisiran pantai dan kawasan taman pelancongan seperti Taman Negara Pulau Pinang, Escape Park dan Taman Tema Air Escape.
Projek ini melibatkan pembangunan 100 unit Apartment Kos Rendah 10 Tingkat, 213 unit Kondominum dan 1 unit Hotel 13 tingkat yang mempunyai 160 bilik. Pembangunan projek ini melibatkan kawasan seluas 15.275 ekar.
Sehingga Disember 2019, pelaksanaan pembinaan hotel dan apartment kos rendah telah siap 100% dan kini sedang menunggu Sijil Kesiapan Bangunan & Pematuhan (CCC).