skip to Main Content

Taman Desa Ara Permai

Taman Desa Ara Permai

Pengenalan Projek:

Projek Taman Desa Ara Permai merupakan sebuah projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada 916 unit rumah termasuk 264 unit Rumah Pangsa Kos Rendah di atas tanah seluas 69 ekar. Kedudukan projek ini terletak berhampiran dengan sempadan negeri Kedah. Lokasi projek ini terletak berhampiran dengan Bandar Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Lunas serta berdekatan susur keluar Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE). Institut Kemahiran Mara dan kawasan kehijauan seperti Perda Veggie Park yang terletak berhampiran Taman Desa Ara Permai menunjukkan kawasan ini menuju kearah pembangunan yang sihat.

Taman Desa Ara Permai ini terdiri daripada dua fasa di mana jualan bagi Fasa 1 telah pun dibuka. Projek ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan. Tempahan yang dibuka juga hampir penuh kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Harga mampu milik yang ditawarkan bagi rumah Teres 1 Tingkat bermula dari RM 219,500 manakala bagi Rumah Berkembar 1 Tingkat pula bermula dari RM 309,750. Bagi Rumah Pangsa Kos Rendah 4 Tingkat pula ditawarkan dengan harga RM 42,000. Projek ini telah mula dilaksanakan pada 1 Mei 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

Taman Desa Ara Permai
Taman Desa Ara Permai

Ringkasan Projek:

  • Jumlah Unit : 973
  • Jenis Rumah : Rumah Teres 1 Tingkat, Rumah Berkembar 1 Tingkat, Rumah Sesebuah 1 Tingkat, Rumah Pangsa Kos Rendah, Kedai Pejabat 2 Tingkat.

Pemaju Terlibat:

Kemudahan:

Surau, Taman Permainan, Depo Sampah

e-permohonan perumahan Perda
Hubungi kami
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd

Lot PT 711, MK 12,
Jalan Kubang Menerong, 13300,
Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Telefon: 04-573 7859
Fax: 04-573 3858
Emel: info@pvisb.com

Waktu Urus-niaga

8.30 pagi – 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Peta Laman
Ikuti Kami di
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Back To Top

Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.