skip to Main Content

Taman Perda Permai

Pengenalan Projek:

Taman Perda Permai adalah suatu pendekatan pembangunan sebuah bandar satelit dengan tapak seluas 220 ekar yang terletak di Kubang Menerong. Tema yang ingin diterapkan dalam pembangunan projek ini adalah berkonsepkan Islamik yang membawa maksud sejahtera. Pembangunan ini meliputi semua aspek kehidupan merangkumi kawasan kediaman, perniagaan, ilmiah, riadah dan sebagainya. Pembangunan ini juga adalah untuk menarik pelabur berpotensi selain daripada pemaju-pemaju komersial untuk memperkuatkan lagi konsep pembangunan.

Kedudukan Taman Perda Permai bersebelahan dengan jalan utama Tasek Gelugor. Kawasan ini berhampiran dengan bandar Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi memudahkan para penduduk melakukan tugas harian. Perjalanan untuk ke Bandar Kepala Batas mengambil masa selama 10 minit manakala untuk ke Tasek Gelugor adalah 3 minit sahaja. Selain itu, antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini adalah masjid, pejabat pos, perpustakaan awam, dewan serbaguna, hotel dan hospital. Taman Perda Permai juga berdekatan dengan kawasan sekolah dan institut pengajian tinggi seperti Sekolah Rendah Tasek Gelugor, Maktab Rendah Sains Mara, Institut Latihan Perindustrian dan sebagainya. Berteraskan konsep Islam, para penduduk akan dapat menjalani kehidupan yang lebih harmoni di samping keluarga tersayang dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.

Taman Perda Permai mempunyai beberapa kategori rumah yang sesuai untuk semua peringkat pendapatan. Antara kategori rumah untuk projek ini adalah Rumah Teres Kos Rendah, Rumah Teres 2 Tingkat dan Rumah Berkembar 2 Tingkat.

Taman Perda Permai mempunyai beberapa kategori rumah yang sesuai untuk semua peringkat pendapatan. Rumah Teres Kos Rendah 1 tingkat yang mempunyai 441 unit. Kategori kedua ialah Rumah Teres 2 tingkat yang mempunyai 1173 unit. Manakala, Rumah Berkembar 2 tingkat mempunyai 294 unit dan Rumah Pangsapuri Kos Rendah yang mempunyai 104 unit terletak dalam kategori terakhir.

Ringkasan Projek:

  • Jumlah Unit › 2,029
  • Jenis Rumah › Rumah Teres Kos Rendah, Rumah Teres 2 Tingkat, Rumah Berkembar 2 Tingkat, Kedai Pejabat 2 Tingkat

Pemaju Terlibat:

Kemudahan:

Surau, Dewan Orang Ramai, Tadika

e-permohonan perumahan Perda
Hubungi kami
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd

Lot PT 711, MK 12,
Jalan Kubang Menerong, 13300,
Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Telefon: 04-573 7859
Fax: 04-573 3858
Emel: info@pvisb.com

Waktu Urus-niaga

8.30 pagi – 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Peta Laman
Ikuti Kami di
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Back To Top

Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.