Cadangan projek perumahan ini terletak di atas Lot 361, 362, 10071 (Lot Lama 1206), 10072 (Lot Lama 364), 365, 10073 (lot Lama 366), 10074 (Lot Lama 367) dan 368, Mukim 13, Ara Kuda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dengan keluasan tanah 41.68 ekar. Kedudukan Taman Ara Suria yang berhampiran dengan sempadan negeri Kedah iaitu Lunas menunjukkan ianya sangat strategik ditambah pula dengan lokasi pembangunan ini juga berhampiran dengan Bandar Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Cadangan projek ini mempunyai beberapa buah kategori rumah yang sesuai untuk semua golongan berpendapatan tinggi dan rendah. Antaranya ialah Rumah Pangsa Kos Rendah 15 Tingkat 127 unit, Rumah Teres 1 Tingkat 386 unit dan Kedai Pejabat 51 unit. Projek ini dalam pelaksanaan.