Taman Ara Jaya terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan Bandar Tasek Gelugor dan bersempadan pekan Lunas. Pelbagai kemudahan awam yang ada di sekitar kawasan Taman Ara Jaya seperti Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Klinik Kesihatan Lunas dan pekan Lunas. Lokasinya juga berdekatan dengan susur keluar Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) yang memudahkan perjalanan untuk ke Pusat Bandar Seberang Jaya.
Cadangan pembangunan bercampur Taman Ara Jaya terletak di atas Lot 1219, 1763, 1768, dan 1770, Mukim 13, Ara Kuda, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Komponen Pembangunan merangkumi pelbagai jenis pilihan rumah seperti Rumah Teres 1 Tingkat Jenis A dan B, Rumah Berkembar 1 Tingkat dan Rumah Sesebuah 1 Tingkat. Rekabentuk yang moden dan menarik telah diterapkan dalam pembinaan ini supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan yang maksimum kepada pemilik bersama keluarga tersayang serta dikelilingi suasana kejiranan yang harmoni. Selain itu, sebanyak 80 unit kedai pejabat 2 Tingkat dan 1 unit Kedai 2 Tingkat juga termasuk di dalam cadangan pembangunan projek ini.
Antara kemudahan yang disediakan ialah Dewan, Surau, dan Kawasan Lapang.