skip to Main Content

Pengurusan Veggie Park

Veggie Park beroperasi di dua lokasi berbeza iaitu di Ara Kuda dan Pongsu Seribu.

Veggie Park: Jenis tanaman yang diusahakan di Veggie Park ini adalah sayuran-sayuran dan tanaman kontan. Jenis tanaman berubah mengikut kitaran tanaman bulanan. Secara umumnya, tanaman yang diusahakan adalah Bendi, Terung, Petola, Labu, Cili Besar, Buah Markisa, Sayuran berdaun (Bayam, Sawi, Kangkung), Buah tembikai, Jagung dan juga buah Betik. Terkini semua lot di Veggie Park telah dipenuhi oleh penyewa-penyewa.

Industri Agro Dan Pengurusan Pertanian

Pengurusan Ladang Sawit

Bermula September 2017, PVI telah mengusahakan sendiri ladang-ladang kelapa sawit yang sebelum ini disewakan. Beberapa persediaan pelaksanaan kerja telah dijalankan di dalam kawasan ladang adalah seperti berikut:

Permohonan Lesen

Permohonan Lesen Estet – ET (untuk menjual buah kelapa sawit dari ladang sendiri) dari Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

Bancian Pokok

Bancian pokok telah dilakukan untuk memudahkan pengurusan dalam kerja-kerja dan pengurusan kerja ladang. Kerja pembancian dilakukan mengikut pecahan plot yang telah ditetapkan dan jumlah pokok bagi keseluruhan kawasan adalah sebanyak 27,112.

Pembersihan Kawasan Ladang

Kebersihan kawasan ladang amat dititikberatkan untuk memudahkan operasi ladang dijalankan. Pembersihan ini juga dijalankan bagi memastikan keselamatan semasa bekerja serta bertujuan untuk memastikan pokok dapat menyerap baja yang optimum supaya dapat meningkatkan produktiviti ladang.

Baikpulih Infrastruktur

Sistem perparitan yang tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik telah menjejaskan kawasan pesekitaran dan menyebabkan air bertakung ketika hujan. Oleh itu, kerja membaikpulih kawasan ladang dan jalan telah dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kawasan tersebut bertakung ketika musim hujan sekaligus menjejaskan kesihatan pokok dan memperlahankan kerja yang perlu dilaksanakan.

Hubungi kami
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd

Lot PT 711, MK 12,
Jalan Kubang Menerong, 13300,
Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Telefon: 04-573 7859
Fax: 04-573 3858
Emel: info@pvisb.com

Waktu Urus-niaga

8.30 pagi – 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Peta Laman
Ikuti Kami di
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Back To Top

Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.