skip to Main Content

Khidmat Pembersihan & Penyelenggaraan PVI

Perkhidmatan pembersihan & penyelenggaraan adalah salah satu cabang perniagaan yang dijalankan oleh PVI. Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu penduduk sekitar kawasan Tasek Gelugor dan sekitar Pulau Pinang yang menghadapi masalah penat bekerja dan tiada masa untuk mengemas rumah.

Kami juga boleh melakukan perkhidmatan mencuci pejabat, kilang, agensi-agensi dan premis perniagaan yang memerlukan penjagaan pembersihan secara berkala mahupun hanya sekali panggilan.

Antara bidang kerja yang disediakan dalam perkhidmatan Pembersihan & Penyelenggaraan.

Mencuci Rumah

Kami bersedia mencuci luar dan dalam rumah mengikut permintaan anda.

Mencuci Pejabat

Kami akan pastikan pejabat anda sentiasa dalam keadaan bersih supaya anda tenang melakukan tugas.

Mencuci Kilang

Kami berpengalaman mencuci kawasan kilang dan memiliki perkakasan yang cukup bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di tahap industri.

Mencuci Karpet

Kami menawarkan perkhidmatan cuci karpet atau permaidani menggunakan mesin khas berteknologi tinggi.

Memotong Rumput

Kami menawarkan khidmat memotong rumput dan membersihkan rumput yang telah dipotong.

Antara aset & peralatan cuci yang tersedia di PVI.

Carpet-Extractor

Leaf-Blower_002

Water-Jet

Wet-Dry-Vacuum

Van-Toyota-Hiace

Chain-Saw

Floor-Polisher

Turbo-Air-Blower

Leaf-Blower

Auto-Scrubbing-Machine

Ingin membuat tempahan atau ada pertanyaan lanjut? Hubungi kami di talian yang disediakan di bawah.

Hanya dengan menghubungi kami untuk menetapkan tarikh dan tempat, seterusnya kami akan selesaikan tugas dan membersihkan kawasan yang dinyatakan. Mudah, cepat dan berpatutan.

Hubungi kami
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd

Lot PT 711, MK 12,
Jalan Kubang Menerong, 13300,
Tasek Gelugor,Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.

Telefon: 04-573 7859
Fax: 04-573 3858
Emel: info@pvisb.com

Waktu Urus-niaga

8.30 pagi – 5.30 petang
(Dibuka setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)

Peta Laman
Ikuti Kami di
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

When you visit or interact with our sites, services, applications, tools or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

Back To Top

Hakcipta Terpelihara ©
PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD.

Perda Ventures Incorporated Kami sedia membantu